AKTIVITI SEMASA DAN KAJIAN
Aktiviti Aktiviti Pembersihan Laluan PPDa
![]() |
Segelintir pelajar sedang mengecat tanda "NO SMOKING" pada meja bulat.
|
Gambar di atas menunjukkan kegigihan pelajar-pelajar untuk mencantikkan lagi laluan PPDa.
![]() |
Pelajar dan guru menunjukkan kerjasama untuk menghias kembali laluan PPDa Pertandingan Nyanyian Solo PPDa |
Pertandingan Deklamasi Sajak
Sempena Minggu Anti Darvih
Pelajar-pelajar yang menyertai pertandingan mendeklamasikan sajak sempena minggu anti-Darvih
Senamrobik Gaya Hidup Sihat
![]() |
Aktiviti yang dijalankan semasa program Senamrobik Gaya Hidup Sihat yang diketuai oleh pelajar-pelajar tingkatan 3 , 4 dan 5
Antara pelajar-pelajar yang menyertai dalam program Senamrobik Gaya Hidup Sihat yang dijalankan oleh warga PPDa SMKS19
Laluan PPDa di SMKS19
Makanan yang disediakan oleh guru untuk pelajar sempena memenangi Naib Johan di peringkat Negeri Selangor
Guru-guru juga menikmati makanan sempena kemenangan Naib Johan Laluan PPDa di peringkat Negeri Selangor
Proses Menaik Taraf Stesen PPDa
Guru-guru gigih mengecat laluan stesen PPDa dihadapan
bilik kaunseling
Pelajar SMKS19 juga turut terlibat dalam proses menaik taraf stesen laluan PPDa yang berada di SMKS19
Guru-guru membimbing pelajar SMKS19 dalam proses menaik taraf
stesen laluan PPDa SMKS19
Kronologi Lorong PPDa
5.1
Kronologi Perjalanan Lorong
PPDa SMK Seksyen 19, Shah Alam.
Lorong PPDa akan bermula dari (1)Pondok Pengawal Sekolah. Sudut
ini dipilih kerana tempat ini merupakan laluan masuk utama bagi semua warga
sekolah. Sudut ini adalah mukhadimah awal kepada pembuka lorong PPDa di
sekolah. Sebuah mural ringkas yang membawa info “Sekolah Kami Bebas Dadah” akan dilukis pada pondok pengawal ini.\
Dari stesen 2 ke stesen 3
melalui(2) Pondok Basikal Murid.
Semua tiang disini akan diwarnakan denga warna warni dan dengan gantungan arca
rokok serta ada arca basikal anti dadah.
Seterusnya, laluan ini akan
berterusan ke (3)Kantin sekolah,
“Colourful Life Without Drugs”.6 papan
info akan dipenuhi dengan segala maklumat makanan yang berkaitan
peyalahgunaan dadah di dalam makanan samada dadah sintetik mahupun yang asli
Air Daun Ketum.
Melewati Kantin sekolah, Lorong
Anti DARVIH diteruskan lagi ke (4)PONDOK
anti ALKOHOL Stesen ini mengetengahkan Colourful
Life Without Alcohol”. Di pondok ini terdapat 3 pandangan agama terhadap
anti alcohol dan semua maklumat tentang alcohol serta akta. Semua info yang
akan dipamerkan bakal menarik minat murid untuk menagmbil kisah berkaitan
penyalahgunaan ALKOHOL.
Pada stesen 5 mengetengahkan
(5)“Colourful Life Without Smoking”. Terdapat
sebuah ilustrasi bergambar bahana si perokok dengan kandungan rokok. Sebuah
meja bulat bertemakan anti rokok dan 6 kerusi berdiskusi.
Stesen 6 pula dimana ditempatkan
(6) 4 Permainan Interaktif PPDa.
Terdapat 4 jenis permaina yang dinamakan i. PPDa Survivor. Ii. Panahan Rokok
iii. Teng-teng katakana tidak pada HIV/AIDS. Naik Turun Tangga katakana tidak
pada Alkohol.
Stesen 7, Taman Teraputik PPKI
Anti Dadah
Seterusnya, Lorong PPDa
berlangsung ke (8)Gerbang Khazanah
yang mewakili Guru Penyayang dalam
mencegah anti Vape di sekolah.”Colourful Life Without Vaping” Di Sini akan
mempamerkan anti Inhalan. Mencegah lebih baik daripada mengubati.
Perjalanan Lorong PPDa tidak
habis di sini, malah Fokus laluan Utama adalah pada Stesen (9) Lorong Jejak Cita akan
Berjaya, Jejak Dadah Akan Sengsara. Disini terdapat maklumat tentang Colourful
Life Without Inhalant dan HIV/AIDS. Laluan ini bersifat memberi sebanyak
info dan maklumat berkaitan dengan dadah asas sehinggalah kepada kesan-kesan
pengambilan penyalahgunaan dadah. Disini warga sekolah boleh membaca maklumat
secara jelas yang dipaparkan secara gambaran dan perkataan.
Melepasi laluan utama, Lorong
PPDa bersambung ke (10)Lorong Hitam dan
(11) Lorong Putih. Lorong hitam lebih memaparkan kesan-kesan jelas pengambilan
rokok dan dadah secara terang terangan melalui papan kenyataan yang telah
ditempatkan di sana. Simbolik Lorong ini adalah kerana, Jika seseorang telanjur
mengambil dadah, hukuman gantung dan penjara sedang menanti sebelum ke Lorong
Putih. Dengan perletakan simbolik penjara besi memberi kesan lagi kepada jiwa
dalaman warga sekolah agar menjaga diri daripada terjun ke lembah najis dadah.
Walaubagaimanapun, jika warga sekolah berjaya menahan diri daripada terlibat
dengan penyalahgunaan dadah, Lorong Putih yang bersifat kejayaan setia
menanti di hadapan. Pada bahagian ini, maklumat anti dadah ditunjukkan secara
positif dengan memaparkan kejaayaan tokoh-tokoh yang telah diikhtiraf oleh
Negara.
Lorong Anti DARVIH akan melalui (12)Makmal ICT yang akan mempamerkan blog PPDa
sekolah, dan Sites VLE FROG UBK pada
dinding makmal ICT.
Seterusnya, Lorong anti DARVIH
melusuri (13) Hadapan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Kawasan
sekitar bilik kaunseling akan memaparkan “Ready
to Fight” Rokok dan Vape. Ilustrasi ini akan memaparkan perbezaan kandungan
antara Rokok dan Vape. Stesen ini berdekatan dengan Unit Bimbingan dan
Kaunseling. Di Unit UBK warga sekolah boleh mendapatkan banyak perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling serta kerjaya bagi kaedah pencegahan kepada najis
dadah. Semoga Lorong PPDa memberi manfaat sebanyak mungkin kepada semua warga
sekolah demi kecemerlangan gaya hidup sihat pada masa akan datang.Takwim PPDa
akan dipaparkan.
Stesen 14, Career Stop Center. Stesen ini mempamerkan pilihan yang murid ada
untuk Berjaya tanpa terlibat dengan dadah. Tema di stesen ini, Design Your Own
Career Without Drugs. Disini murid boleh mendapatkan maklumat tentang bidang
mengikut keputusan Psikometrik PT3 dan SPM.
Akhir sekali, Lorong PPDa akan
ditamatkan di 15. Dewan Alamanda. 6
Tiang di Dewan Alamanda akan dinaikkan papan tanda Katakan Tidak Pada DARVIH.
Pelbagai banting info berkaitan anti DARVIH akan dinaikkan pada sekitar Dewan
Alamanda. Apa yang istimewa nya pada stesen terakhir ini adalah dipaparkan
dengan 8 peta minda I-THINK of PPDa.
Kesan HALO PPDa SMKS19
IKRAR ANTI DADAH
BAHAWASANYA KAMI
BERIKRAR UNTUK MEMERANGI NAJIS DADAH
PADA SETIAP MASA DAN KETIKA
DENGAN
MENJAUHI DIRI SERTA MENENTANG TABIAT
MENGGUNAKAN DADAH
MEWUJUDKAN KELUARGA BAHAGIA TANPA DADAH
MEWUJUDKAN SUASANA DAN PERSEKITARAN SEKOLAH
BEBAS DARI DADAH
MENCEGAH PENGEDARAN DADAH DALAM MASYARAKAT
MENERAPKAN NILAI-NILAI AGAMA DALAM MASYARAKAT
MENERAPKAN NILAI-NILAI AGAMA UNTUK MEMBANTERAS DADAH
MEMBANTU USAHA-USAHA KERAJAAN
BAGI MEMBEBASKAN NEGARA INI
DARIPADA ANCAMAN DADAH